html> Prom Space

EntriesAbout

Overview


Hello, my name is Lutfi Mutadza. Welcome to my territory. Replace this stupid nonsense with your overview/welcome speech. I mean, notes. Peace :)

Contact Me

Facebook : Search Lutfi Mutadza !

Tuesday 29 November 2011 | 0 comments
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:






Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
 Doa harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab jugaadakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:




Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
 

..dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
 

..mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)

d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
 

iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)

e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah: 



Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)

f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

 

 capan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)









Berjihad dalam Surah At-Taubah
Friday 18 November 2011 | 0 comments



"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Surah At-Taubah : 40

Apabila sampai kepada ayat ini tersentuh di hati alangkah indahnya hidup menempuh perjuangan ini andai ada seorang sahabat disisi.Sahabat yang sentiasa memberi motivasi.

Memahami dan membisik ke telinga tentang adanya ALLAH bersama saat hati sudah kecewa sedih dan berputus asa.

Kelebihan Berjihad di Jalan Allah
Disebut di dalam hadith yang banyak sebaik sahaja darah mengalir dari tubuh orang-orang yang berjihad, Allah menghapuskan dosa yang pernah dilakukannya melainkan hutang. Sebaik sahaja dia berada di alam barzakh, rohnya masuk di dalam tembolok burung-burung syurga yang memakan nikmat di dalam syurga.

Sementara itu di hari qiamat kelak dia berkelayakan untuk memberi syafaat kepada 70 orang anggota keluarganya yang dimasukkan ke dalam neraka sehingga mereka dibebaskan semuanya dari azab neraka itu.

Seorang ibu datang mengadap Rasulullah s.a.w. mengadu anaknya syahid di medan perang. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Saya ingin tahu dimanakah anak saya berada sekarang. Jika saya mengetahui dia berada di tempat yang baik, saya merasa cukup gembira. Jika tidak, saya akan terus menangis."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Wahai Ibu! Anakmu berada di dalam syurga firdaus yang tinggi."

Banyak lagi hadith-hadith lain yang menjelaskan ayat ini.

Firman Allah yang bermaksud:

"Maka Kami akan berikan kepadanya pahala yang sangat besar." (Surah an-Nisa': 74)


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Kamu tidak boleh mencapai kelebihan orang yang berjuang pada jalan Allah. Dia keluar sepanjang masa. Waktu jaga, tidur, mana lembah yang dituruni, bukit yang d idaki, padang atau tanah rata yang dilaluinya dipenuhi dengan pahala dari Allah SWT.

"Kamu tidak dapat mencapai kurniaan pahala yang diberikan kepadanya itu melainkan kamu bersembahyang tidak henti-henti tanpa tidur, makan, minum dan sebagainya, dan kamu berpuasa tanpa berbuka."

Tiada siapa yang sanggup berbuat demikian. Sebab itu apabila ada seorang sahabat yang musafir berjumpa satu cerun bukit yang memiliki mata air yang tidak pernah kering, rumput menghijau dan tanahnya pula subur, dia berhasrat untuk beruzlah, tinggal bersendirian di situ, beribadat kepada Allah SWT.

Bagaimanapun sebelum hasratnya itu dilaksanakan dia merasakan lebih baik bertanyakan Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu sama ada perbuatannya itu diizinkan Allah atau sebaliknya. Lalu dia pulang ke Madinah bertanyakan Rasulullah s.a.w. ;Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan kamu berbuat demikian. Sesungguhnya kamu berada dalam sesuatu masa ketika menegakkan agama Allah tidak sama dengan 70 tahun kamu berada di situ."

Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjihad. Allah juga berfirman yang bermaksud:

"Allah memberi kelebihan kepada orang yang berjihad mengatasi orang yang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar.


"Iaitu beberapa darjat (kelebihan) daripadanya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.
(Surah an-Nisa': 95 - 96)



Perbezaan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain itu ialah antara bumi dan langit. Allah juga berjanji memberi pahala yang sangat besar kerana orang yang berjihad kadang kala teringat kepada anak, isteri, keluarga dan harta sehingga menekan perasaannya di samping menghadapi musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan apa sahaja kepadanya.

Hukum melancap?
Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).
Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.
Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW 
,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).
Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”
Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:
Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.
Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT : al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Definisi iktikaf



Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.
Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)

Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.


Hukum memakai minyak wangi dan minyak rambut berakohol
Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.

Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?

Pengertian alkohol

Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.

i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)

ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Webster’s Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)

Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.

Kenajisan arak


Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam- Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah Taala:

Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(Surah al-Maidah: 90)


Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.

Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.

Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:

Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair

Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:

Ertnya:
(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal


Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:

Ertinya:
(Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.

Hukum alkohol daripada arak

Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar‘i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:

Ertinya:
Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar‘i)


Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.

Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia

Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.

Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.

Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.

Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?

Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin ‘Ali radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda:


Maksudnya:
Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.

(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)


Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu‘man bin Basyir radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram.(Hadis riwayat Muslim)


Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.

Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita

Panjang manapun.Baca je la.Baik untuk perempuan.
Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda


Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan


Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah


Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung


Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang !


Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung


Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!


Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??


DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!


Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat


KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."
Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Support For Malaysia

Mai pakat ramai-ramai dengar lagu kat atas ni.Malaysia need our support.Lagu ni depa buat untuk Malaysia masa Sukan Sea kt Indonesia.

MALAYSIA BOLEH!?

2010 Flashback Time
Wednesday 16 November 2011 | 0 comments
Assalamualaikum....

Hari ni keputusan UPSR keluar.Aku nak ucapkan selamat mendapat keputusan yang elok kepada calon-calon UPSR.Bila cita pasal keputusan periksa ni.Aku teringat tahun lepas masa aku dapat keputusan UPSR.Jadi kena kembali pada zaman kegemilangan sekejap.xD~

Bukan elok manapun keputusan aku.Ada 1B ja.Yang lain faham-faham je la.Masa aku tau aku dapat result 4A ja.Memang frust gila la.Nak buat cam na?Andai itu takdir aku.Aku pun balik kat kelas aku dengan muka yang moody.

Balik kat kelas ja ada member-member aku yang dapat 4A 1B boleh main kad uno lagi.Aku pun join sekali la.Hilang sat moody aku ni.Itulah saat paling sedih bertukar jadi gembira. :D

Sekian wassalam....

Cuti Cuti Cuti !!
Monday 7 November 2011 | 0 comments
CUTI SEKOLAH SUDAH HAMPIR TIBA..

Ada apa-apa cadangan tak untuk buat apa-apa aktiviti masa cuti sekolah ni..Kalau hampa semua kata pi bercuti atau melancong memang aku tak boleh pergi dah..Duduk rumah main facebook bosan gak..Pi ronda-ronda pun bukan ada tempat yang syok untuk melawat..

Bagi aku la sekolah lagi best dari cuti..Kat sekolah boleh lepak dengan kawan-kawan.Boleh gaduh dengan kawan-kawan.Haha :) Aku tengah pikir apa nak buat masa cuti sekolah nanti.Fuhh memang boring la kalau duduk kat rumah ja..1 bulan lebih duduk kat rumah.Mesti la nak pi jalan-jalan makan angin jugak.

Lagi satu yang tak best pasal cuti sekolah ni kawan-kawan pun tak boleh jumpa.Boleh ajak pi tengok wayang je la..Kira ok jugak la daripada duk sms ja kat rumah..Apa rancangan hampa semua masa cuti sekolah nanti??

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

SEKIAN WASSALAM..

Sukan Sea 2011

MALAYSIA U23 VS SINGAPURA U23..

Bolehkah skuad Harimau Malaya menang lawan dengan Singapura.Mampukah Malaysia membalas dendam ke atas kekalahan Kelayakan Piala Dunia Pusingan ke-2 ini.Harapkan persembahan yang terbaik dan bertenaga dari player-player Malaysia.Tengok live petang ni di televisyen berdekatan dengan anda.

MALAYSIA BOLEH!!
11 senarai pemain Malaysia yang akan menentang Singapura petang ini.
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Zubir Azmi
3. Muslim Ahmad
4. Fadhli Shas
5. Mahali Jasuli
6. Baddrol Bakhtiar (captain)
7. K.Gurusamy
8. Shukur Jusuh
9. Wan Zaharulnizam
10. Irfan Fazail
11. Syahrul Azwari


BoBoiBoy Opening Song Lyrics
Sunday 30 October 2011 | 0 comments
Sesuatu masa
Keadaan dunia
Penuh bahaya
Ancaman dari
Musuh-musuh bumi
Selamatkanlah kita
Hero yang ada
Hero manusia
Penyelamat bumi
Penyelamat bumi~


Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang dicari-cari
Mereka kan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi
Jadi kita perlukan penyelamat bumi
BoBoiBoy
BoBoiBoy
BoBoiBoy
Ying 
Yaya
Gopal 
Dan super hero kita 
BoBoiBoy
BoBoiBoy
BoBoiBoy

Lawak Kampus Kompilasi Mantap
Saturday 29 October 2011 | 0 comments

Assalamualikum...

Beli lagi buku ni?Hampa mesti kena beli buku ni..Buku ni memang lar mahal..Harga buku ni memang mahal RM 29.90..Kalau hampa beli aku confirm x menyesal punya..Buku ni memang best..Dari awal2 sampai habis buku ni mesti hampa gelak punya..Dalam buku dya ada 5 dalam 1..Maksud dya ada 5 komik lawak kampus yg lain dalam satu buku ni..Cuba bayangkan seketika~Buku ni asalnya bukan mahal pun..Satu buku komik lawak kampus tu harga dya RM 6.50..Kalau 5 buku dah RM 32.50..Lagi mahal tu..Buku ni ada jual kat Popular ja..Kalau nak beli?Pergi dekat kedai Popular yang berdekatan..Sekian Wassalam~

PEACE NO BOMB~

BANGANG PUNYA BUDAK2 SEKARANG NI !
Friday 28 October 2011 | 0 comments

Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia dilaporkan telah digodam sejak awal pagi hari ini.Ini berikutan beberapa kenyataan dari pihak FAM yang kelihatan terlalu ego berkenaan kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia esok.Sikap FAM yang masih berkeras untuk mengekalkan harga tiket tersebut mengundang kemarahan peminat bolasepak.

Antara kata-kata yang terpapar di laman yang telah di godam itu ialah "Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik."

Laman web tersebut dipercayai telah berjaya dipulihkan namun telah digodam semula.





SALAM PERKENALAN
Thursday 27 October 2011 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM...SALAM DITUJUKAN KEPADA UMAT ISLAM... :)

Nama:Lutfi Amin bin Mutadza
Umur:13 tahun
Sekolah:SMK Sungai Pasir (best school kot)
Tempat lahir:Kajang, Selangor
Tempat tinggal:Sungai Petani, Kedah
T/Lahir:30/5/1998


Sampai tu jaa aku boleh bagitau..Nak tau selebihnya?Tngk kt facebook aku..Kalau ada facebook?Hello hello lar aku kat sana..Sekian,wassalam.





Protected by Copyscape Online Copyright Search